June 23, 2012

Syaaban bulan meraih ganjaran pahala

Al Quran menjelaskan kepada kita bahawa perhitungan amalan manusia atau hisab itu dilaksanakan oleh Allah dengan beberapa cara,antaranya..

....Perhitungan amalan dihisab melalui soal jawab.....

Setiap insan akan ditanya segala tingkah laku yang dilakukannya di dunia,baik yang zahir atau yang tersembunyi,yang kecil mahupun yang besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 92-93;
"Demi Tuhan-Mu! Kami pasti akan menyoal mereka. Mengenai apa yang mereka telah lakukan."

....Perhitungan amalan dihisab melalui pembacaan buku catatan.....

Allah telah menugaskan beberapa malaikatNya kepada setiap manusia untuk mencatat segala amalan yang baik atau yang buruk,dalam keadaan sedar atau lupa,dalam keadaan bergurau atau bersungguh-sungguh,sehingga nafas yang turun naik dan rintihan kalbu juga dicatat.

.....Perhitungan amalan dihisab dengan memperdengarkan rakaman.....

Rakaman setiap perbuatan atau perkataan yang pernah diucap disepanjang hayat ketika di dunia.

......Perhitungan amalan dihisab dengan mempamerkan semula segala amalan.....

Setiap orang akan menyaksikan sendiri apa sahaja perbuatan yang dilakukannya selama kehidupannya di dunia. Walaupun perbuatan itu dilakukan dengan tersembunyi di tempat yang gelap atau terang-terangan,baik yang kecil mahupun yang besar akan tetap didedahkan jua.

......Perhitungan amalan dihisab melalui timbangan....

Seluruh amalan yang pernah dilakukan oleh setiap manusia dalam hidupnya,akan ditimbang dengan satu timbangan yang besar.

Sebagai tambahan,kita telah pun melangkah memasuki bulan Syaaban,jiran kepada bulan Ramadhan. Kurang dari sebulan kita akan menjalani puasa di bulan Ramadhan.Bagi wanita,bolehlah mencukupkan puasa ganti mereka sebelum Ramadhan tiba. Bagi yang lain,bolehlah 'warm up' sebelum Ramadhan. Perbanyakkan puasa sunat agar tidak 'terkezut' semasa Ramadhan. Latih diri. Puasa sunat seperti setiap hari Isnin dan Khamis. Juga pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan. Perbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran,berzikir..Janganlah hanya melakukannya di bulan bulan yang tertentu saja..Istiqamahkanlah..InsyaAllah..

Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, "Aku bertanya,ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban."
Rasulullah bersabda, "Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya,di antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam,maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa."
(riwayat An-Nasaie).

*nak lebih byk?go to..http://ismapenang.net/2011/kelebihan-syaaban-malam-nisfu-syaaban/

June 21, 2012

bersin

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila salah seorang kamu bersin,hendaknya ia mengucapkan Alhamdulillah. Dan hendaknya saudaranya atau sahabatnya mengucapkan kepadanya Yarhamukallah. Maka apabila ia mengucapkan Yarhamukallah kepadanya,hendaknya ia mengucapkan Yahdikumullah wa Yuslihu Baalakum.

( H.R. Bukhari )

June 18, 2012

Amalan sebelum tidur

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra' puteri Nabi (saw) berkata : Pada suatu malam menjelang aku tidur, Rasulullah saw datang kepadaku.Lalu beliau bersabda, "Wahai Fatimah,janganlah kamu tidur sebelum kamu mengamalkan 4 hal, mengkhatamkan Al-Quran, menjadikan para Nabi sebagai syafaat bagimu,menjadikan orang-orang mukmin redha kepadamu,melakukan haji dan umrah." Fatimah bertanya kepada Rasulullah saw : Ya Rasulullah,engkau perintahkan kepadaku empat hal yang tak mampu aku lakukan. Rasulullah saw tersenyum dan bersabda : "Jika kamu membaca surah Al-Ikhlas ( 3 kali ),kamu seperti mengkhatamkan Al-Quran;jika kamu berselawat kepadaku dan para nabi,kami para nabi akan menjadi syafaat bagimu di hari kiamat;jika kamu memohonkan ampunan bagi orang-orang mukmin,mereka akan redha padamu;jika kamu membaca Subhanallah wal Hamdulillah wa La ilahaillallah,wal Lahu Akbar,kamu seperti menunaikan haji dan umrah."

June 15, 2012

perkongsian ari jumaat..

Israk dan mikraj : Hubungannya dengan solat..

Peristiwa Israk dan Mikraj ini mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadah solat.Ibadah ini diperintahkan oleh Allah S.W.T. dengan menjemput Rasulullah s.a.w datang menghadapNya di Arasy,bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk menyampaikannya ke dunia sepertimana perintah menunaikan ibadah puasa,zakat dan haji.

Hadis daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan agama,dan barang siapa yang meninggalkannya,bererti ia telah merobohkan agama."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Solat adalah suatu ibadah yang dilakukan dengan menggerakkan seluruh jasmani dan rohani. Manakala lisan pula,mengucap kalimah-kalimah yang sangat indah,mengandungi pujian,penghormatan dan harapan tinggi yang ditujukan kepada Allah S.W.T. Apabila setiap gerak badan dan bacaan yang kita lakukan dengan ikhlas,sempurna,khusyuk dan penuh kesedaran,maka semuanya itu akan mempengaruhi diri,jasmani,rohani dan pemikiran serta akhlak,sehingga solat itu benar-benar dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj,Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan kepada suatu kaum yang dihempapkan kepalanya dengan batu batu besar. Setiap kali dihempap,kepala mereka berkecai.Kemudian,bercantum semula seperti sedia kala.Hal ini berterusan berlaku tanpa henti.Rasulullah s.a.w bertanya kepada malaikat Jibril a.s tentang peristiwa tersebut.Malaikat Jibril a.s lantas menjawab,"mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa malas untuk mengerjakan solat fardhu.."Demikianlah betapa dasyhatnya seksaan kepada orang yang malas dan meninggalkan ibadah solat.

Islam juga memerintahkan kita untuk sentiasa memastikan ahli keluarga kita telah menunaikan solat,termasuk isteri dan anak-anak.Oleh itu,kita disuruh memimpin dan memastikan anak-anak solat ketika berumur 7 tahun dan memukul mereka yang tidak menunaikannya,ketika berumur 10 tahun.

"Perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat.Dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan (ingatlah),kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."( Toha : 132 )

*Sebagai peringatan kepada umat Islam khususnya kepada diri sendiri yang masih terlalu banyak kekurangannya.InsyaAllah..*credit to my friend.

Al-Quran

Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat).

(H.R. Muslim)

Jadi,bacalah Al-Quran meski dirumah sekalipun,dan baiknya diistiqamahkan.Jangan sekadar membaca,fahamilah ertinya,baca tafsirnya.Semoga Al-Quran dapat menjadi teman semasa di dalam kubur,dapat menjadi hujjah buat kita di hari akhirat kelak..InsyaAllah..

June 14, 2012

wanita

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya,kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya,kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. Tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

June 13, 2012

istighfar..

"Sesiapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar,Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka."

(HR :Ahmad,Abu Daud & Ibnu Majah)