August 14, 2014

sejuknya di cameron highland~~~

Sempena cuti hari raya kali ni, family aku bercuti kat cameron highland. Tempat yang hampir 11 tahun tak jejakkan kaki. The last time yang aku ingat, time aku darjah 4, 2004 dulu. Nasib baik still sejuk kat sana. So...nak carik hotel, kitorang carik dalam agoda.com. Then, tengok komen yang paling okey. And..dalam banyak banyak tu, kitorang try Rainbow Hotel. Hotel 2 ke 3 bintang. Kat Brinchang. Tempat strategik, tepi supermarket Jimat, dekat je ngan masjid, jadi dapat dengar azan, dekat ngan kedai makan, yang penting, itu adalah tempat yang sejuk. Terutamanya time malam. 


Bilik sejuk, murah. Yang ni, 2 katil besar, RM140 je. Berbaloila..Bilik air bersih, ada tub mandi, ada lif, overall bagus hotel ni. Cuma, hotel ni tak sediakan macam nescafe dalam bilik. Kitorang gerak dari Shah Alam dalam pukul 11.20 pagi. Then, kitorang naik highway, exit kat Tapah. Kalau dari selatan, turun Tapahla dekat. Cuma, jalan dia teruk sikit n sempitla. Kalau ikut Simpang Pulai, besar sikit sebab baru bukak kan. So, lalu highway dalam 1 jam setengah macam tu. Lepas turun highway, lalu jalan lama Tapah, terus ke Ringlet, Tanah Rata and Brinchang. Tapi, on the way ke Ringlet n Tanah Rata, jalannya sangat berliku-liku n memeningkan. Tapi, best sebab sejuk n kat tepi tepi jalan tu ada orang asli jual hasil hutan macam madu, halia hutan, durian n bakul rotan. On the way, akan jumpa Lata Iskandar yang memang ramai pengunjungnya. 





Kitorang sampai Brinchang pukul 3 petang. Lepas solat, makan ape sume, kitorang melawat ladang teh Boh Sungei Palas. Ladang ni adalah yang terbesar. Ladang Cameron Valley pulak terletaknya bawah sikit. Kat Ladang ni, rupanya tempat dalam cerita Ombak Rindu. Hehehe....Ladang ni tutup hari Isnin, hari lain bukak dari pukul 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Memang sangat luas. Dari sini, kalau naik atas lagi, boleh naik Gunung Brinchang, and ada jugak Ladang Strawberry yang kat atas puncak. Kitorang naik Alza, pikirkan tak mampu naik, rupanya Alza ni kuat jugak. Kat Ladang Boh ni, kitorang minum teh sambil menikmati pemandangan yang indah. 







Pekerja tengah kutip daun teh



Ladang strawberry



Setelah mendaki tangga, kami tiba di tempat minum teh





Pemandangan sambil minum teh. 


Kena pula time tu tengah hujan. Memang syok la minum teh panas..

Lepas tu, dah time kitorang balik, nak dekat maghrib. So, kedai banyak nak tutup. Rupenya, sebab kabus nak datang. So, kena balik sebelum kabus datang. Kalau tak, memang tak nampak jalan langsung. Jadi, dalam pukul 6.30 kena ready balik. 



Pada malamnya, kesejukan yang lebih sikit dirasakan. Ada jugaklah sampai mulut berasap. Hoho..yang part tu best. Bila lagi nak merasa mulut berasap kan...

So, pagi pagi je, kitorang teruskan jalan ke Bee Farm. Kat situ, just beli cenderahati untuk kawan-kawan. Takde bende sangat kat situ. Then, ade Butterfly Farm, Rose Valley. SCorner tak live, mahal sangat. Cuma ada tanam mushroom.




Sebelum balik, kitorang membeli belah kejap kat Kea Farm. Kat situ murah, banyak barang. Bagaikan langkah kanan, terdapat satu kedai ni buat kedai terbuka. So save la lunch kitorang. Ada laksa, mihun sup, rendang, nasi berlauk. Alhamdulillah...Murah rezeki kitorang..semoga orang kedai tu pun dimurahkan rezeki..Maybe tu je untuk kali ni.  Nah, hadiah. Beberapa gambar bunga yang cantik.