July 29, 2015

Pendapatan Alternatif di Rumah

Assalamualaikum. Soo...untuk tulisan kali ni, saya nak share pendapatan alternatif buat mereka yang masih tak dapat kerja..especially yang duduk kampung tu. Almaklum..sekarang ni, kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak naik..whatever. Anyway, ianya perlukan modal awal je. Which is...kelulut. Hm...dulu2, kat belakang rumah, ade je kelulut datang buat sarang. Pastu, buangla sebab takut kena gigit ke apeke. Tengok2, kelulut ni gigitnya macam semut aje. Dia takde bisa, cuma gigit. And, orang kata madu kelulut ni lagi berkhasiat daripada madu lebah, Kesahihannya masih belum di kaji. Mungkin.Haha.

So..mula2, mak saya ni ade kenalan kat Johor. Dia bela kelulut keliling rumah dia. Sebulan, boleh dapat RM1000. Sebab sarang dah banyak. So..mak saya pon berminat la. Buat tambah2 duit. Yela..kalau nak harapkan menoreh getah, tak ke mana. Getah pon dah turun harga sekarang, padahal permintaan tinggi, jadi mana datangnya turun harga ni. Ok.tiba tiba melalut pasal getah ni. Anyway, modal mula nak beli sarang ni, dia ikut tempat la. Ade tu, mak beli dari Kuala Pilah, Rm600 1 sarang. Ade tu lak, Rm300 1 sarang. Kena pandai nego la kan. Dia datang sekali ngan kotak. Kotak tu la kelulut tu bina sarang dalam dia. Kelulut pulak tido dalam batang kayu yang attached.


Ada yang pendek. 


Ada yang dipotong panjang. Ianya juga boleh dijadikan dekorasi taman. 


Kebanyakan yang mengamalkan madu kelulut ini adalah pesakit yang mengalami gaut, strok and hypertension. Ianya juga dikatakan mempunyai antimikrobial, pencegah kanser, dan bermacam-macam khasiat lagi. Tidak seperti madu lebah, kebanyakan madu kelulut berasa masam. Ada sesetengah berasa manis. Ianya bergantung kepada jenis pokok yang terdapat di kawasan itu. 

Kelulut akan mencari pokok dalam jarak 500 meter di sekeliling kawasannya. Mereka keluar mencari makan seawal subuh, apabila hari sudah cerah sikit dan tido bile hari gelap. Kalau menjelang malam, kelulut tak dapat masuk ke rumahnya, mereka akan mati. Jika mahu memindahkan sarang ke tempat lain, lakukan pada waktu malam. 


Ada madu yang berwarna hitam.


Ada juga yang berwarna cair sikit. Ianya berbeza, mungkin mengikut jenis pokok yang diambil madu. 


Okey..ni part nak ambil madu. Mak saya gunakan automatic syringe, supaya senang dan cepat. Pastu, kena pakai baju ala-ala angkasawan yang sememangnya panas ni. Kena tutup seluruh badan kalau tak nak merasa gigitan kelulut tu. Kalau sekor dua je takpe, ni tak, kelulut ni menyerang sekali semua. 



Ha..nilah rupa sarang dia. Kelulut simpan madu dia dalam kantung tu. Kelulut ni jangka hayat dia beberapa hari je. Tapi, berterusan sebab anak-anak dia sentiasa ada. Kucing saya selalu jalan kat tepi sarang dia, and kena hinggap ngan kelulut. Kesian tengok kucing-kucing lari terkial-kial nak tanggalkan kelulut tu. Haha.


Jadi, setakat itu sajalah cerita tentang kelulut. Oh ye, bila lepas disedut fresh, madu ni keluarkan gas. Jadi, kena tebuk sikit lubang kat penutup dia tu, sebab penah je botol kaca pecah sebab gas tu. 
Sekian saja...Semoga bertemu lagi..