Israk dan mikraj : Hubungannya dengan solat..
Peristiwa Israk dan Mikraj ini mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadah solat.Ibadah ini diperintahkan oleh Allah S.W.T. dengan menjemput Rasulullah s.a.w datang menghadapNya di Arasy,bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk menyampaikannya ke dunia sepertimana perintah menunaikan ibadah puasa,zakat dan haji.
Hadis daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan agama,dan barang siapa yang meninggalkannya,bererti ia telah merobohkan agama."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Solat adalah suatu ibadah yang dilakukan dengan menggerakkan seluruh jasmani dan rohani. Manakala lisan pula,mengucap kalimah-kalimah yang sangat indah,mengandungi pujian,penghormatan dan harapan tinggi yang ditujukan kepada Allah S.W.T. Apabila setiap gerak badan dan bacaan yang kita lakukan dengan ikhlas,sempurna,khusyuk dan penuh kesedaran,maka semuanya itu akan mempengaruhi diri,jasmani,rohani dan pemikiran serta akhlak,sehingga solat itu benar-benar dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj,Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan kepada suatu kaum yang dihempapkan kepalanya dengan batu batu besar. Setiap kali dihempap,kepala mereka berkecai.Kemudian,bercantum semula seperti sedia kala.Hal ini berterusan berlaku tanpa henti.Rasulullah s.a.w bertanya kepada malaikat Jibril a.s tentang peristiwa tersebut.Malaikat Jibril a.s lantas menjawab,"mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa malas untuk mengerjakan solat fardhu.."Demikianlah betapa dasyhatnya seksaan kepada orang yang malas dan meninggalkan ibadah solat.
Islam juga memerintahkan kita untuk sentiasa memastikan ahli keluarga kita telah menunaikan solat,termasuk isteri dan anak-anak.Oleh itu,kita disuruh memimpin dan memastikan anak-anak solat ketika berumur 7 tahun dan memukul mereka yang tidak menunaikannya,ketika berumur 10 tahun.
"Perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat.Dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan (ingatlah),kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."( Toha : 132 )
*Sebagai peringatan kepada umat Islam khususnya kepada diri sendiri yang masih terlalu banyak kekurangannya.InsyaAllah..*credit to my friend.
No comments:
Post a Comment