July 29, 2015

Pendapatan Alternatif di Rumah

Assalamualaikum. Soo...untuk tulisan kali ni, saya nak share pendapatan alternatif buat mereka yang masih tak dapat kerja..especially yang duduk kampung tu. Almaklum..sekarang ni, kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak naik..whatever. Anyway, ianya perlukan modal awal je. Which is...kelulut. Hm...dulu2, kat belakang rumah, ade je kelulut datang buat sarang. Pastu, buangla sebab takut kena gigit ke apeke. Tengok2, kelulut ni gigitnya macam semut aje. Dia takde bisa, cuma gigit. And, orang kata madu kelulut ni lagi berkhasiat daripada madu lebah, Kesahihannya masih belum di kaji. Mungkin.Haha.

So..mula2, mak saya ni ade kenalan kat Johor. Dia bela kelulut keliling rumah dia. Sebulan, boleh dapat RM1000. Sebab sarang dah banyak. So..mak saya pon berminat la. Buat tambah2 duit. Yela..kalau nak harapkan menoreh getah, tak ke mana. Getah pon dah turun harga sekarang, padahal permintaan tinggi, jadi mana datangnya turun harga ni. Ok.tiba tiba melalut pasal getah ni. Anyway, modal mula nak beli sarang ni, dia ikut tempat la. Ade tu, mak beli dari Kuala Pilah, Rm600 1 sarang. Ade tu lak, Rm300 1 sarang. Kena pandai nego la kan. Dia datang sekali ngan kotak. Kotak tu la kelulut tu bina sarang dalam dia. Kelulut pulak tido dalam batang kayu yang attached.


Ada yang pendek. 


Ada yang dipotong panjang. Ianya juga boleh dijadikan dekorasi taman. 


Kebanyakan yang mengamalkan madu kelulut ini adalah pesakit yang mengalami gaut, strok and hypertension. Ianya juga dikatakan mempunyai antimikrobial, pencegah kanser, dan bermacam-macam khasiat lagi. Tidak seperti madu lebah, kebanyakan madu kelulut berasa masam. Ada sesetengah berasa manis. Ianya bergantung kepada jenis pokok yang terdapat di kawasan itu. 

Kelulut akan mencari pokok dalam jarak 500 meter di sekeliling kawasannya. Mereka keluar mencari makan seawal subuh, apabila hari sudah cerah sikit dan tido bile hari gelap. Kalau menjelang malam, kelulut tak dapat masuk ke rumahnya, mereka akan mati. Jika mahu memindahkan sarang ke tempat lain, lakukan pada waktu malam. 


Ada madu yang berwarna hitam.


Ada juga yang berwarna cair sikit. Ianya berbeza, mungkin mengikut jenis pokok yang diambil madu. 


Okey..ni part nak ambil madu. Mak saya gunakan automatic syringe, supaya senang dan cepat. Pastu, kena pakai baju ala-ala angkasawan yang sememangnya panas ni. Kena tutup seluruh badan kalau tak nak merasa gigitan kelulut tu. Kalau sekor dua je takpe, ni tak, kelulut ni menyerang sekali semua. 



Ha..nilah rupa sarang dia. Kelulut simpan madu dia dalam kantung tu. Kelulut ni jangka hayat dia beberapa hari je. Tapi, berterusan sebab anak-anak dia sentiasa ada. Kucing saya selalu jalan kat tepi sarang dia, and kena hinggap ngan kelulut. Kesian tengok kucing-kucing lari terkial-kial nak tanggalkan kelulut tu. Haha.


Jadi, setakat itu sajalah cerita tentang kelulut. Oh ye, bila lepas disedut fresh, madu ni keluarkan gas. Jadi, kena tebuk sikit lubang kat penutup dia tu, sebab penah je botol kaca pecah sebab gas tu. 
Sekian saja...Semoga bertemu lagi..





May 22, 2015

Berjimba sebentar

Assalamualaikum...Rase macam dah bertahun tahun tak jenguk blog yang satu ni. Asyik bz memanjang je. Al maklum..Dah nak naik 3rd year.Alhamduulillah...Baru habis 2nd year..Rase macam tak percaya je..Perangai tak matang lagi, nak masuk 3rd year. Boleh ke ni?*telan liur*. ok. Takpelah. Itu...kite usaha sikit sikit. Yang penting, kami memanjakan diri, terbang ke Perak kali ni selepas habis final exam. Dari start sem lagi, dah plan. Kali ni, nak pergi Lost World of Tambun. Jadi. Search la tenet, carik hotel or whatever yang murah2, yela..kite ni student lagi, kene la bajet2. Jadi..yang paling senang. Abam google, taip agoda.com saje...Ade 2 pilihan yang toplist setakat ni, Tulip Hotel and homestay. so..try la tengok2 homestay tu. Ade 1 ni, rm60 je.So..bile kol orang tu.Dye explain tu ni..hmm...oklah.Ambil yang ni la.

Ramah betul orang yang jaga tu. Jimmy namanya. Dye suruh book awal2, Sebab kalau time cuti sekolah, full selalunye. Nasib baik kitorang nak pergi ni weekdays, orang keje n budak belom cuti sekolah. Soo...bayar rm30 as deposit dulu.


ni kad business dye. Dulu, Jimmy ni pengedar mushroom ke kedai2 berhampiran, agak besar, ke Aeon, restoran dan kedai2 runcit. Tapi, sejak akhir2 ni,mula menumpukan lebih pada perniagaan homestay pula. Mushroom still ditanam, fresh gray mushroom. Homestay ni pon baru bertapak about 8 bulan. 


Ni pintu masuk dye. Mula2 nak carik tu memang susah la. Waze kasik jalan ceruk mana tah. Padahal. sebenarnya, senang je. Tempat ni..15 minit dari Ipoh, 15 minit dari Tambun. okla..kite bukan nak rushing sangat pon..Layanan yang disediakan bagi saya sangat tip top. Senyum tak lepas..cakap pon baik..Customer friendly. I like. 

Kitorang dari Cyberjaya, tol dalam rm33 macam tu. Ambil mase dalam 3 jam lebih gitu drive. 

Homestay EFM ni betul2 kat belakang dye, gunung batu kapur. So..memang tenang and sesuai untuk kami yang baru habis exam ni. Tengok pemandangan yang hijau. Sejuk pula tu. Tapi, jangan risau la,,sebab kat depan homestay ni, area taman perumahan, so..jerit pon, boleh dengar. And, sentiasa ade orang jaga kat sini. 


Ni ruang depan bilik yang kitorang stay. Ni bilik family, since kitorang ade 5 orang. Yang ni..rm130. For me, it is worth it, sebab cantik..selesa...besar..and murah. Same je dengan hotel yang lebih kecik dari ni. 

Ruang depan tu, ade kerusi meja boleh santai2 petang..


Ni bilik yang lebih murah. Untuk 3-4 orang la. Tak tanya lak harga.


Tak jemu mata memandang


Belakang tu pon ade lagi


Ni kaunter depan. Register ape sume kat sini


Homestay ini dimiliki oleh...


Sasape yang nak datang, bolehla taip alamat ni di GPS ye.


Pagar depan. Lepas pukul 12, dye tutup, tapi tak kuncila. Boleh bukak sendiri.



Ni contoh bilik yang rm60. Untuk couple bolehla..(ehem, marriaged okay..)



Ni rumah sebelah kitorang. Ada family stay time tu. 


Tandas dye pon bersih..tak kecik sangat and tak besar sangat. Memang sesuai untuk gaya kampung and harmni begini..Ade water heater, so jangan risau kalau takut air sejuk. Ade pengudaraan, so ianya good for me. 


3 katil twin. Bolehla 1 family stay sini. 


Ni nak masuk bilik tu. bersih...luas...Ade air cond siap. 


Tv dye Flat lagi tu..


Ade peti ais, heater air, spray pewangi bilik automatik, cawan and variety of minuman packet. 


Ni kire macam pejabat dye gitu..Yang kaunter dye tu. ..

So...saye memang recommend la stay kt sini bagi sasape yang carik homestay murah and selesa, bercuti kat tambun. Cerita pasal Lost Worl tu entry lain kali pulak ye. Assalamualaikum.^_^