November 11, 2012

jalan-jalan @ cyberjaya dan sekitarnya~~

ehem,assalamualaikum..setelah sekian lama tidak ku jenguk paparan blog ku ini...kalau ditiup,mesti berabuk punyelahh..so,kali ni,i nak cakap pasal tempat yang sedang aku duduki.ehem..ehem..asal skema sangat lak aku cakap nih?hee...

ok,one thing for sure, i reallly wanna say that i don't think that cyberjaya is in malaysia. but, f course, i'll have to accept the fact that i'm in malaysia..so, i g jalan jalan kat cyberjaya(banyak kali dahh),n i suke g satu tempat nih,namenye SHAFTBURY SQUARE..lebih kurang cmtu la ejeaan dye. baru bukak.maybe dlm 1 bulan lebih cmtu. so,first time i g sane, i makan kat restoran korea. Ko Hyang Restaurant. kakak i order ra myun, i lak, main hambik je pape..sape msok je,orang restoran tu kasik kimchi, ikan bilis goreng, n another snack.


aku tak ingat name dye,berbelit lidah,tapi..ok r,sedap..banyak lak tu..kenyang aku..alhamdulillah..

pastuh, kali yang lain lak, aku g ngan my frens, ktorang g tappers. most of it makanan barat. tapi,lidah aku ni,lidah timur, so aku pon order la nasi ape ntah,ade roasted chicken skali,whole leg, with vege, i'm sooo full. alhamdulillah again..:D.harge pon,bagi aku,ok jek. then, we went to chatime. like cool blog gak.cume..it is a little bit more expensive. but, still worth it. i took time to finish it..ade banyak lagi restoran best2 kat situ..most of it bukan makanan luar malaysia,but halal. contohnye,ade volcano shabu-shabu, tepanyaki japanese is opening soon. so,i'm waiting for that japanese restaurant..

ok,enough for cyberjaya. now,i move on to other place. i ngan my housemates went to sungai tekala for picnic. ktorang pegi dengan ade sorang kakak senior tuh,kak diya.dye baik..dye bawak skali adik dye,adam. baru skolah rendah..

so...may have take a look at the nature. ntah kenapa,gamba dye pelik sket.
air dye..pergh!!terbaik!sejuk..n,refreshing..subhanallah..

ktorang bawak beberapa makanan yang disediakan sndr..
sandwich telur
sandwich tuna
twister
kak diya buat..
nasi lemak
popia 
fries
so..basically..we are full...


so..ni lah kamiii...

then, i ade jumpe satu serangga pelik ni,n, interesting, so i pon ade amek gamba dye,buat kenangan

look, rupe dye mcm pacat something like that, but it has the so-called muncung.golden in color. when i took a picture of it, muncung tu macam bersinar-sinar lak. hebatnya Allah kan..

so,that's all kot. before that, i mintak maap la kalau bahasa i ni tunggang terbalik sket. saje nak menggedik sket pakai bi. hehe.

*sedikit demi sedikit try to be a good muslimah,insyaAllah..




July 19, 2012

seminggu di cucms

assalamualaikum..masok hari ni,dah lbey kurang 1 minggu lebih aku dok kat cucms ni.time orientasi dye,okla..sbab nasib baik takde banyak aktiviti yang perlukan gerak sangat.haha,aku ni kan..pemalas sikit orangnya,3 hari je lak tu,so..ok la..bab rumah pulak,pergh!!haha,first time aku berpeluang menjejakkan kaki ke taman yang ade name villa.haha.cyber height villa.besar...bilik master ade bath tub.tapi,aku bukan master la,aku bilik yang kecik sikit.tapi,still best.ade disediakan fridge,mesin basuh,dapur masak,so..basically bagi aku,aku memang puas hati la..


cyber height villa


      Bab yang cyberjaya lak,ni first time aku g sini,mule2 masuk,tengok orang-orang kat sini,aku pon terpikir
"ni..malaysia ke..luar negara?"haha,sebab mane2 yang aku nampak pon mesti orang bukan malaysia.wuiii...
      barang pulak,mahal..bagi aku,mahal la..tak taw lak kalau bagi orang lain,restoran kat sini,banyaknye restoran arab,so..ktorang pon masak je kat rumah,jimat sikit duit ek.hehe.hari minggu ari tu,ktorang housemate g alamanda.naik bas kat putrajaya,50 sen je,kat cyberjaya,dulu free,sekarang 1 ringgit.first time naik bas rapid,haha,gembira rasa di hati.

ni adalah kerusi library yang cantik,hehe
      main campus,masuk kelas,pergh..macam duduk kat kutub utara.haha,sejuk gile!!satu hari tu,memang terperap kat dalam air cond ajela,Alhamdulillah..sejuk..bangunan dye,cantik..lantai berkilat(haha,perluke cakap)..semuanya kaca aje..macam dalam rumah kaca lak,lecturer..seronok..aku suke lecturer dye..baik baik belaka,hehe,chemistry,belajar 3 bab dalam 1 minggu,ok fine..aku try catch up,hope boleh la score,assigment,banyak gile!ok,ni la salah satu culture shock bagi yang bergelar junior pelajar universiti.Nasib baiklah ada kawan-kawan di sisi yang tak membuatkan aku stress.

nama housemate aku,zati,dhira,mirah,mira,shiqa,huda,ecah,
tasik putrajaya




ni sunrise,semangat pagi-pagi,


     Lepas tuh,ade satu tempat yang aku suka,tasik Putrajaya tu.Jalan sikit dari rumah aku tu,dah sampai kat tasik.Wuu...seronoknya...Nampak air yang tenang..pokok-pokok yang hijau..sejuk mata memandang..pastuh,ade satu hari tu,aku try la joging dengan housemate kat jog track tasik tu.punyelah jalan...jalan..jalan..tapi,tak pernah sampai ke penghujung.Rumah-rumah kat tepi tasik tu,dah macam istana aku tengok.Besar yang terlampau.Macam style Eropah pon ade gak.Jeles betol.
     As the conclusion,memang seronok la duduk kat sini.Cyber Height ni,just sementara,tunggu hostel baru siap,kat Mutiara Ville tak silap.Semoga kehidupanku di sini membawa ku menjadi seorang yang lebih baik dari dahulu..InsyaAllah..








July 4, 2012

adios..

assalamualaikum,esok aku dah nak masuk u dah.Harap harap semuanya berjalan dengan lancar.InsyaAllah..amin..aku masuk cucms.asasi dulu.nak belajar betul-betul,betul-betul punye betul.kasik dapat high score punye.hehe.

aku sorang aje dari ex sekolah aku.huhu,cuak lak.tapi,nasib baik la aku ade chat ngan sorang budak pompuan ni,masuk sane gak.ade la jugak kawan nak ajak borak.ni tak,kalau sebelum ni,mane-mane masuk sekolah je,tak kira la sekolah menengah ke..rendah ke..tadika ke..semuanya sorang2 aje,sebab aku ni,pindah je kejenye.huhu,tapi,takpe..banyak pengalaman n ramai kawan.boleh buat aku berdikari gak.err..berdikari ke?bolehla..

punyela malas aku nak packing,sampai esok nak pergi,malam tu baru nak masukkan baju ape sume.bile dah siap packing,haaahh!punyela banyak diangkutnye.sebeban ha.macam nak pindah rumah lak gayanye.hehe,siap bawak garam,gula,susu ape sume.

anyway,lepas ni,memang berhabuk la jawabnya laman sosial(acece..skema lak),tak berbuka...kat laman muka buku,memang banyak la nombor kat bumi atas tu(noti la tu)..

huhu,oklah...farewell..bukannya nak g mane pon,cyberjaya je pon,2 jam dari rumah..permudahkanlah urusanku Ya Allah..amin..

July 1, 2012

jom layan~~

Aku tengok satu cite jepon ni,sebab ade kawan aku cakap..so,aku try la usha...kot2 best ek.pastuh,lepas ep 1,aku dah cakap,"Ahh!!bestnye!comel gile pompuan tu!"pompuan tu,dye punye heroin,name dye fumie.lembut gile kott..dye selalu cakap,"kotideyo.."hehe,comel gile!

tajuk dye,'shiritsu bakaleya koukou'

http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/shiritsu-bakaleya-koukou/

pastuh,dak2 laki dye lak suke gaduh je kejenye,tapi smart,hehe,aku suke tengok dak laki gaduh


yg ni fumie yg aku ckap comel tuh,hehe

ha..ni lah cover cte tuh,currently airing,tapi da nak final daa..ep 12 total,1 julai abes,ari ni la..huhu,first aku tengok cite ni,sweet gile,aku rase fumie ngan tastuya laa..hehe...


pastuh,aku suke ending song dye,migikata



pastuh,denga kabar,shiritsu bakaleya koukou ni akan adapt to movie pulak.yay!!!~~can't wait to see it..wee~~


June 23, 2012

Syaaban bulan meraih ganjaran pahala

Al Quran menjelaskan kepada kita bahawa perhitungan amalan manusia atau hisab itu dilaksanakan oleh Allah dengan beberapa cara,antaranya..

....Perhitungan amalan dihisab melalui soal jawab.....

Setiap insan akan ditanya segala tingkah laku yang dilakukannya di dunia,baik yang zahir atau yang tersembunyi,yang kecil mahupun yang besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 92-93;
"Demi Tuhan-Mu! Kami pasti akan menyoal mereka. Mengenai apa yang mereka telah lakukan."

....Perhitungan amalan dihisab melalui pembacaan buku catatan.....

Allah telah menugaskan beberapa malaikatNya kepada setiap manusia untuk mencatat segala amalan yang baik atau yang buruk,dalam keadaan sedar atau lupa,dalam keadaan bergurau atau bersungguh-sungguh,sehingga nafas yang turun naik dan rintihan kalbu juga dicatat.

.....Perhitungan amalan dihisab dengan memperdengarkan rakaman.....

Rakaman setiap perbuatan atau perkataan yang pernah diucap disepanjang hayat ketika di dunia.

......Perhitungan amalan dihisab dengan mempamerkan semula segala amalan.....

Setiap orang akan menyaksikan sendiri apa sahaja perbuatan yang dilakukannya selama kehidupannya di dunia. Walaupun perbuatan itu dilakukan dengan tersembunyi di tempat yang gelap atau terang-terangan,baik yang kecil mahupun yang besar akan tetap didedahkan jua.

......Perhitungan amalan dihisab melalui timbangan....

Seluruh amalan yang pernah dilakukan oleh setiap manusia dalam hidupnya,akan ditimbang dengan satu timbangan yang besar.

Sebagai tambahan,kita telah pun melangkah memasuki bulan Syaaban,jiran kepada bulan Ramadhan. Kurang dari sebulan kita akan menjalani puasa di bulan Ramadhan.Bagi wanita,bolehlah mencukupkan puasa ganti mereka sebelum Ramadhan tiba. Bagi yang lain,bolehlah 'warm up' sebelum Ramadhan. Perbanyakkan puasa sunat agar tidak 'terkezut' semasa Ramadhan. Latih diri. Puasa sunat seperti setiap hari Isnin dan Khamis. Juga pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan. Perbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran,berzikir..Janganlah hanya melakukannya di bulan bulan yang tertentu saja..Istiqamahkanlah..InsyaAllah..

Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, "Aku bertanya,ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban."
Rasulullah bersabda, "Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya,di antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam,maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa."
(riwayat An-Nasaie).

*nak lebih byk?go to..http://ismapenang.net/2011/kelebihan-syaaban-malam-nisfu-syaaban/

June 21, 2012

bersin

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila salah seorang kamu bersin,hendaknya ia mengucapkan Alhamdulillah. Dan hendaknya saudaranya atau sahabatnya mengucapkan kepadanya Yarhamukallah. Maka apabila ia mengucapkan Yarhamukallah kepadanya,hendaknya ia mengucapkan Yahdikumullah wa Yuslihu Baalakum.

( H.R. Bukhari )

June 18, 2012

Amalan sebelum tidur

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra' puteri Nabi (saw) berkata : Pada suatu malam menjelang aku tidur, Rasulullah saw datang kepadaku.Lalu beliau bersabda, "Wahai Fatimah,janganlah kamu tidur sebelum kamu mengamalkan 4 hal, mengkhatamkan Al-Quran, menjadikan para Nabi sebagai syafaat bagimu,menjadikan orang-orang mukmin redha kepadamu,melakukan haji dan umrah." Fatimah bertanya kepada Rasulullah saw : Ya Rasulullah,engkau perintahkan kepadaku empat hal yang tak mampu aku lakukan. Rasulullah saw tersenyum dan bersabda : "Jika kamu membaca surah Al-Ikhlas ( 3 kali ),kamu seperti mengkhatamkan Al-Quran;jika kamu berselawat kepadaku dan para nabi,kami para nabi akan menjadi syafaat bagimu di hari kiamat;jika kamu memohonkan ampunan bagi orang-orang mukmin,mereka akan redha padamu;jika kamu membaca Subhanallah wal Hamdulillah wa La ilahaillallah,wal Lahu Akbar,kamu seperti menunaikan haji dan umrah."

June 15, 2012

perkongsian ari jumaat..

Israk dan mikraj : Hubungannya dengan solat..

Peristiwa Israk dan Mikraj ini mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadah solat.Ibadah ini diperintahkan oleh Allah S.W.T. dengan menjemput Rasulullah s.a.w datang menghadapNya di Arasy,bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk menyampaikannya ke dunia sepertimana perintah menunaikan ibadah puasa,zakat dan haji.

Hadis daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan agama,dan barang siapa yang meninggalkannya,bererti ia telah merobohkan agama."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Solat adalah suatu ibadah yang dilakukan dengan menggerakkan seluruh jasmani dan rohani. Manakala lisan pula,mengucap kalimah-kalimah yang sangat indah,mengandungi pujian,penghormatan dan harapan tinggi yang ditujukan kepada Allah S.W.T. Apabila setiap gerak badan dan bacaan yang kita lakukan dengan ikhlas,sempurna,khusyuk dan penuh kesedaran,maka semuanya itu akan mempengaruhi diri,jasmani,rohani dan pemikiran serta akhlak,sehingga solat itu benar-benar dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj,Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan kepada suatu kaum yang dihempapkan kepalanya dengan batu batu besar. Setiap kali dihempap,kepala mereka berkecai.Kemudian,bercantum semula seperti sedia kala.Hal ini berterusan berlaku tanpa henti.Rasulullah s.a.w bertanya kepada malaikat Jibril a.s tentang peristiwa tersebut.Malaikat Jibril a.s lantas menjawab,"mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa malas untuk mengerjakan solat fardhu.."Demikianlah betapa dasyhatnya seksaan kepada orang yang malas dan meninggalkan ibadah solat.

Islam juga memerintahkan kita untuk sentiasa memastikan ahli keluarga kita telah menunaikan solat,termasuk isteri dan anak-anak.Oleh itu,kita disuruh memimpin dan memastikan anak-anak solat ketika berumur 7 tahun dan memukul mereka yang tidak menunaikannya,ketika berumur 10 tahun.

"Perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat.Dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan (ingatlah),kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."( Toha : 132 )

*Sebagai peringatan kepada umat Islam khususnya kepada diri sendiri yang masih terlalu banyak kekurangannya.InsyaAllah..*credit to my friend.

Al-Quran

Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat).

(H.R. Muslim)

Jadi,bacalah Al-Quran meski dirumah sekalipun,dan baiknya diistiqamahkan.Jangan sekadar membaca,fahamilah ertinya,baca tafsirnya.Semoga Al-Quran dapat menjadi teman semasa di dalam kubur,dapat menjadi hujjah buat kita di hari akhirat kelak..InsyaAllah..

June 14, 2012

wanita

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya,kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya,kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. Tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

June 13, 2012

istighfar..

"Sesiapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar,Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka."

(HR :Ahmad,Abu Daud & Ibnu Majah)

May 16, 2012

pinjaman mara

assalamualaikum,,hhmmm,entry kali ni,aq jadi makin keliru..ari ni,result pinjaman mara dalam negara lak kua,so...aq saje2 je la cek,takde harapan sangat pon,sebab pinjaman mara program ijazah luar negara ari tu,aq tak dapat.so,bile aq bukak,ttbe...ade lak,,,

"Tahniah,permohonan anda berjaya"
Pinjaman mara program ijazah dalam negara
cyberjaya university medical college

hhmmm,,,makin keliru,but mule2 tu,aq agak blur sikit,aq kasik mak aq tgok,pastu,baru aq sedar yang aq dpat pnjaman mara,then say Alhamdulillah la..tapi,aq da buat preparation da pon utk masok kolej kat melaka tu,anyway,aq pon tak sure sama ade pinjaman tu,dapat pinjaman je ke..or dapat tempat kat universiti tu sekali...so,mak aq pon nak kol la pihak mara and cyberjaya university tu esok,aq sangat harap aq dapat tempat sekali kat university tu,sebab kat situ,aq dapat foundation then pursue degree in pharmacy lak,hoho,memang target aq dari dulu,,,

anyway,kuasa Allah...Allah dah tentukan yang terbaik,manusia hanya mampu merancang,Allah yang menentukan...

May 12, 2012

alhamdulillah...

assalamualaikum,walaupun sebelum ni aq da mention yg aq akan msok matrix,tp ari ni(sabtu)aq pegi lak satu sesi bley la dikatakan interview(tp tak pon sebenarnye),,sebenarnye da lame dpat surat,then,kat situ,punyela dgan gambell je aq pegi,tak bawak sijil ke apa,then,aq kene isi borg pulak kat situ,aq isi jela..pastuh,aq kene panggil dgn org tuh,naseb baik la mak boleh ikut sekali,kalau tak,cuak gak nak msok sosorang,hehe.then,dye mule la terangkan bla bla bla...

"Adik dapat upu tak?"
"dapat..diploma farmasi"
"dekat mane?"
"uitm bertam,penang"
pastuh,org tuh dye cakap yg ini adalah kolej antarabangsa sains dan teknologi(micost) kerjasama ngan uitm gak,soo..same ade aq matrix or bende alah ni(uitm bertam da tolak sbab ini pon same je,kire tukar jela),pastuh,dye ckp lagi,ini mara tanggung,kuota utk 80 org je,so..aq tnye la pendapat mak aq,mak aq pon kol ayah aq,then setuju.

fuh!alhamdulillah..aq pon tak sangke lak,ttbe je..rezeki..Allah dah tentukan,aturkan jalan yg terbaik utk hambaNya...

diploma farmasi,aq memang suke course ni,dari dulu da target,walaupun mungkin jalan dye panjang sikit,3 tahun,tp takpela...janji aq memang minat dgn course ni,huhu,,,aq akan usaha sungguh2 demi dapatkan 3.5 above every sem,insyaAllah..klau mcm tuh,takyah bayar mara,lega sikit keluarga..alhamdulillah...

sekian,wassalam..

May 9, 2012

kekeliruan lepas spm

assalamualaikum,,,entri kali ni memang menjadi topik hangat bagi lepasan spm macam aq ni,hmm,,,,banyak betul kesilapan yang dibuat,sesal tak berguna lagi..jadi redha jela dengan ape yang terjadi,sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.Allah menentukan yang terbaik untuk hambaNya.Belajar dari kesilapan,macam saya ni,time isi borang upu,saya tak bincang dengan keluarga,jadi itu adalah suatu kesilapan.huhu,,tidak mengapa..tak baik menyesali perkara yang telah terjadi..ok..saya apply diploma farmasi untuk pilihan pertama dalam upu(ehem,dulu saya tak taw pulak yang asasi sains pon boleh further farmasi)time tu,saya memang pendek akal.saya memang bertekad tak nak masok matrikulasi.

then,lepas dpt result upu,saya dapat diploma farmasi dekat uitm penang!alhamdullillah..saya dapat tawaran,tapi terdapat pula kesulitan,*alasan:terlalu jauh(saya duduk negeri sembilan) and tempoh masa yang lama(saya nak sambung degree nnt)jadi,macam terpaksa tak nak je...lagi satu,saya dapat tawaran kat matrix kuala pilah,hmm,,,dah bertambah rasa kekeliruan..mak suroh pegi matrix sebab kejap je,tambah lagi kakak saya pon baru keluar dari matrix tuh.so...keputuan yg terkini,rasa macam kena pegi matrix je,hmm,,,aq harap ni adalah yang terbaik yang ditentukan Allah untuk aq,keluarga aq,agamaku,negaraku dan kehidupan aq.

bila dipikirkan balik,situasi ni sama macam time aq apply untuk sambong blaja kat mrsm form 4.aq apply kat mrsm gemenceh and terendak.tapi,bila dapat penempatan,tup2,tiba tiba dapat kat mrsm serting(erk,satu nama yang tak pernah terlintas nak apply)huhu,punyela aq sedih time tu,sebab terpisah dgn kawan2 lama kat kuala klawang,sebab ade 2 org je yg dapat kat serting tuh,tapi bila aq masok,aq sedar,tu yang terbaik untuk aq,sebab kalau aq masok tempat lain,maybe aq akan terus liar(huhu,rasenye la,bg aq da cukup liar),so...maybe sekarang ni,yang aq tak terlintas nak blaja kat situ la...yang aq dapat.InsyaAllah,aq akan try studi hard core gile3 kat matrix and dapatkan pointer 4.0.insyaAllah..amin...hope korang doakan aq...

*kepada yang dilema macam ni jugak,pikir la sedalam dalamnya,pikir faktor masa panjang dan pendek sekaligus,kelebihan dan kekurangan,bayangkan diri dalam due2 situasi,yang paling PENTING,bergantung kepada Allah s.w.t,insyaAllah...mendapat yang terbaik..amin..

January 7, 2012

graduan mrsm serting 2011

sementara tunggu result spm,saya dok kat umah selama 3 bulan lbey,,punye la bosannnn....arap2 dapat result mcm yg ditarget,,,10 A+,nasib baik saya x dapat plkn,kalau x,merana terseksa..pasal novel,tunggu je yg baru,terima kasi