June 23, 2012

Syaaban bulan meraih ganjaran pahala

Al Quran menjelaskan kepada kita bahawa perhitungan amalan manusia atau hisab itu dilaksanakan oleh Allah dengan beberapa cara,antaranya..

....Perhitungan amalan dihisab melalui soal jawab.....

Setiap insan akan ditanya segala tingkah laku yang dilakukannya di dunia,baik yang zahir atau yang tersembunyi,yang kecil mahupun yang besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 92-93;
"Demi Tuhan-Mu! Kami pasti akan menyoal mereka. Mengenai apa yang mereka telah lakukan."

....Perhitungan amalan dihisab melalui pembacaan buku catatan.....

Allah telah menugaskan beberapa malaikatNya kepada setiap manusia untuk mencatat segala amalan yang baik atau yang buruk,dalam keadaan sedar atau lupa,dalam keadaan bergurau atau bersungguh-sungguh,sehingga nafas yang turun naik dan rintihan kalbu juga dicatat.

.....Perhitungan amalan dihisab dengan memperdengarkan rakaman.....

Rakaman setiap perbuatan atau perkataan yang pernah diucap disepanjang hayat ketika di dunia.

......Perhitungan amalan dihisab dengan mempamerkan semula segala amalan.....

Setiap orang akan menyaksikan sendiri apa sahaja perbuatan yang dilakukannya selama kehidupannya di dunia. Walaupun perbuatan itu dilakukan dengan tersembunyi di tempat yang gelap atau terang-terangan,baik yang kecil mahupun yang besar akan tetap didedahkan jua.

......Perhitungan amalan dihisab melalui timbangan....

Seluruh amalan yang pernah dilakukan oleh setiap manusia dalam hidupnya,akan ditimbang dengan satu timbangan yang besar.

Sebagai tambahan,kita telah pun melangkah memasuki bulan Syaaban,jiran kepada bulan Ramadhan. Kurang dari sebulan kita akan menjalani puasa di bulan Ramadhan.Bagi wanita,bolehlah mencukupkan puasa ganti mereka sebelum Ramadhan tiba. Bagi yang lain,bolehlah 'warm up' sebelum Ramadhan. Perbanyakkan puasa sunat agar tidak 'terkezut' semasa Ramadhan. Latih diri. Puasa sunat seperti setiap hari Isnin dan Khamis. Juga pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan. Perbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran,berzikir..Janganlah hanya melakukannya di bulan bulan yang tertentu saja..Istiqamahkanlah..InsyaAllah..

Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, "Aku bertanya,ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban."
Rasulullah bersabda, "Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya,di antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam,maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa."
(riwayat An-Nasaie).

*nak lebih byk?go to..http://ismapenang.net/2011/kelebihan-syaaban-malam-nisfu-syaaban/

No comments:

Post a Comment